Wednesday, January 20, 2010

Apakah yang sebenarnya diimpikan oleh seseorang manusia di muka bumi ini, sememangnya sebuah kehidupan yang bukan sahaja sempurna malah kehidupan yang lebih baik. Adalah mustahil, seseorang manusia inginkan kesusahan, kesengsaraan serta kemiskinan, malah dibebankan lagi dengan masalah yang rumit bagi melangsaikan tuntutan mencari rezeki, nafkah anak-anak, ataupun berupa ekonomi, pendidikan, malah tuntutan dalam beragama bagi seseorang muslim ataupun bukan muslim. Jelaslah kepada kita bahawa, kesemua persoalan-persoalan ini mengambarkan kepada kita, kepentingan seebuah negara mencapai kemajuan dan juga pembangunan dalam segenap aspek, bagi sesebuah negara samaada dalam bentuk ekonomi ataupun bukan ekonomi.

Sesungguhnya, begitulah sinario yang berlaku dalam fenomena kehidupan dimana sahaja di dunia ini sudah tentunya kita sedang diambang generasi “millennium’’ termasukan pengaruh globalisasi yang begitu mencabar dalam segenap penjuru kehidupan. Sesiapa yang malas akan ketinggalan dibawa arus kemodenan sains dan teknologi. Mereka yang rajin berusaha mampu “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain tanpa ragu-ragu lagi” Oleh demikian, saya akan merungkai mekanisme utama, berkenaan skop ini ditulis bagi berkongsi ilmu pengetahuan dalam aspek politik dan kepimpinan, satu tinjauan terhadap faktor yang mempengaruhi kepimpinan Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dalam politik, sebelum dan setelah berjaya memegang tampuk pemerintahan negara selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada masa ini. Jelaslah bahawa, setelah kandungan ini dikupas berdasarkan pengamatan penulis serta sahabat handal yang lain yang turut sama membantu dalam penulisan ini semestinya pembaca akan dapat melihat satu lembaran baru bagaimana skop ini dikaji terhadap faktor-faktor kepimpinan yang berjaya dibawa oleh Dato’ Seri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dalam politik sehingga Berjaya membawa kejayaan yang besar dalam kerjaya politik pada hari ini, justeru segala isu, skop mahupun persoalan yang timbul akan dikupas pada ruangan yang selanjutnya.

No comments:

Post a Comment