Wednesday, January 20, 2010

TOKOH AL-FARABI


LATAR BELAKANG AL-FARABI

Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Mohammad Ibn al Farakh al- Farabi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung yang kecil yang dinamakan Wasij yang berhampiran dengan Farab di Turkistan pada tahun 870 Masihi. Beliau juga merupakan seorang saintis terkemuka Islam dan termasyur kerana hasil kerja dan penulisannya terutama dalam bidang falsafah dalam logik dan sosiologi. Ilmu pengetahuan yang dimiliki beliau tidak terhad hanya kepada tiga bidang sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain seperti sains, perubatan, matematik dan muzik. Pendidkan asas beliau ialah agama dan linguistik. Beliau juga mempelajari undang-undang, hadith dan al-quran. Beliau terkenal sebagai guru kedua sementara guru pertama ialah Aristotle. Al-farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagian. Maka tidak hairanlah, Al-farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Walaupun pemikiran Al-farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani, tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Beliau juga mengembara untuk mempelajari pelbagai ilmu yang boleh dipelajarinya dari pelbagai guru dan pelbagai tempat. Al-Farabi meninggal dunia pada tahun 950M (339H) di Syria.

Beliau juga banyak meninggalkan karya. Karya-karyanya dapat dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu yang pertama adalah karya-karyanya yang berkaitan dengan kajian logik. Kategori yang kedua ialah meliputi falsafah fizik, matematik, metafizik, etika, dan politik. Karya-karyanya ini dipercayai dibuat semasa beliau berada di Baghdad dan Damascus. Karya-karyanya juga tersebar luas di Barat dan di Timur. Di antara karya-karya yang beliau terbitkan ialah al-Thamarat al Mardiyyah fi ba’ d al-Risalat al-Farabiyyah (Leiden, 1890) dan sebagainya. Semasa hayatnya masih ada beliau banyak menjelaskan pendapat-pendapat beliau dan banyak mengkaji perkara-perkara dalam falsafah. Kesemua pendapat dan kajian beliau menunjukkan dan memberi panduan kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian.

PEMIKIRAN FALSAFAH AL-FARABI

Menurut Al-farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik, sebaliknya seseorang falsafah itu perlulah menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang falsafah yang sempurna. Mengenai teori politik, Al-Farabi berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu dan sebarang percubaan untuk memisahkan antara satu sama lain hanya akan melahirkan sebuah Negara yang pincang. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaaan sebuah Negara yang kuat, stabil serta makmur. Al-Farabi mempunyai banyak idea dalam menghujahkan sesuatu falsafah dan pemikiran beliau. Antara pemikiran beliau ialah mengenai Negara kota, perlunya msyarakat, masyarakat yang sempurna, kebahagian, ke arah kecermerlangan, pendidikan, ketua Negara atau pemimpin, Negara ideal, Negara setentang dengan Negara terbaik dan akhir sekali beliau ada membahaskan tentang hak individu.

NEGARA KOTA

Dalam falsafah beliau mengenai Negara kota, beliau ada menyatakan tentang terciptanya kota utama atau Negara kota ialah perlulah mempunyai beberapa kriteria dalam menjadi pemimpin sesebuah Negara. Sekiranya mempunyai kriteria tersebut, maka terciptanya negara kota iaitu kota yang berkerjasama sesama penduduknya untuk meraih kebahagiaan. Menurut Al-Farabi tugas pemimpin dalam Negara kota ialah memberi penjelasan dan membimbing dengan baik untuk mendapatkan kebahagiaan yang sebenarnya. Oleh itu, bagi Al-Farabi dengan memberikan pengetahuan kepada penduduk merupakan satu tujuan utama membentuk Negara kota dan untuk membezakan kota utama dengan kota yang lain, Al-Farabi telah menghimpunkan perbezaan untuk menjadi kota iaitu kota jahilliyah, kota fasiq dan kota sesat. Selain daripada itu, menurut Al-farabi, terdapat persamaan ciri antara Negara kota dan isititusi keluarga atau rumahtangga. Negara kota juga dipanggil madinah. Menurutnya kedua-duanya mempunyai warganya sendiri yang perlu diurus dalam satu konteks pentadbiran. Terdapat empat bentuk hubungan dalam unit terkecil bagi sistem masyarakat iaitu suami isteri, tuan hamba, bapa- anak, dan harta –pemilik harta.

Pemimpin bagi manzil ialah seorang pemimpin yang menyatukan penduduknya, mewujudkan kerjasama di antara mereka dan berusaha menyediakan tempat perlindungan yang baik serta segala kemudahan bagi penduduk dalam sebuah Negara yang dipimpinnya. Selain itu, di dalam manzil juga seorang pemimpin juga adalah sama seperti seorang pentadbir atau pemerintah bagi sebuah Negara kota. Al-farabi yakin bahawa seorang individu tidak akan berdiri sendiri tanpa seorang pemimpin sebagaimana dalam falsafah politik liberal yang mementingkan individu dan hak-haknya.

PERLUNYA MASYARAKAT

Al-Farabi juga telah membahaskan tentang dalam satu pemerintahan, perlulah mempunyai masyarakat untuk memajukan sesebuah Negara tersebut. Hal ini kerana dalam kehidupan setiap individu, perlulah hidup bermasyarakat kerana kehidupan masyarakat adalah sangat penting dalam kehidupan seseorang. Al-Farabi berpegang kepada prinsip bahawa manusia semulajadi memerlukan kehidupan bermasyarakat. Menurutnya manusia memerlukan antara satu sama lain untuk memenuhi setiap keperluan hidup untuk membentuk kelompok-kelompok masyarakat yang pelbagai corak. Pegangan ini mempunyai keselarasan dengan pandangan Aristotle. Pembentukan kelompok-kelompok ini tidak terhad kepada unit terkecil bagi sistem masyarakat sahaja, tetapi sebaliknya meluas kepada kawasan jalan, jiran tetangga, kampung dan Bandar. Oleh hal yang demikian, individu-individu akan mula berfikir akan meluaskan pula organisasi dan tugasnya atau khidmatnya ke luar Negara atau lebih kehadapan lagi. Apabila berada di peringkat ini, penduduk dalam sesebuah Negara dipanggil sebagai ummah. Untuk membezakan setiap Negara yang ada, bagi Al-Farabi, perbezaan tersebut boleh dilihat melalui sifat-sifat asasnya(natural character), keperibadian seseorang individu tersebut(temperament), kebiasaan dalam diri individu(habits) dan bahasa yang dituturkan oleh setiap individu tersebut(language).

Selain daripada itu, sejajar dengan tokoh falsafah Plato, Aristotle dan Ibnu Ari Rabi’, Al-Farabi berpendapat bahawa manusia adalah makhluk sosial yang mempunyai kecenderungan kepada alam untuk hidup bermasyarakat dan tidak mungkin mereka dapat memenuhi segala keperluan sendiri tanpa melibatkan bantuan dan kerjasama dari orang lain. Sesuatu kepimpinan itu dapat berdiri dengan maju kerana adanya keahlian dan keterlibatan oleh masyarakat untuk melahirkan nilai-nilai yang baik dan tindakan-tindakan yang mampu memelihara apa yang sudah mantap. Menurut beliau lagi, lebih besar sesebuah masyarakat itu, maka lebih banyak kemudahan-kemudahan yang dapat diwujudkan bagi memenuhi keperluan individu. Ini adalah berasaskan kepada andaian yang sama seperti andaian Plato bahawa setiap individu akan sentiasa memberikan khidmatnya yang terbaik untuk kebajikan am.

MASYARAKAT SEMPURNA

Al-Farabi juga membahaskan tentang masyarakat yang sempurna. Menurut Al-Farabi masyarakat yang sempurna ialah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri dalam diri setiap individu dalam menguruskan kehidupan sebagai manusia. Masyarakat yang sempurna juga mempunyai masyarakat yang besar, pertengahan, atau masyarakat yang kecil. Menurut beliau lagi, masyarakat yang unggul ialah masyarakat yang mengandungi beberapa Negara yang dapat bersatu padu serta membantu antara satu sama lain. Masyarakat besar ini ialah masyarakat yang mempunyai kumpulam terbesar antarabangsa. Masyarakat ini juga mampu memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain. Manakala masyarakat pertengahan pula, menurut Al-farabi ialah masyarakat sebuah Negara yang menjadi anggota masyarakat antarabangsa dan wujud di dalam perkumpulan manusia yang tinggal di dalam sesebuah wilayah. Masyarakat yang kecil itu ialah Negara kota atau madinah atau wujud dalam perkumpulan manusia, penduduk kota yang tinggal di satu bahagian kecil dari wilayah.

Menurutnya lagi apabila satu masyarakat yang kecil itu berada di peringkat sebuah rumah, jalan dan sebagainya bagi beliau adalah satu masyarakat yang tidak sempurna. Masyarakat yang tidak sempurna iaitu kumpulan manusia yang tinggal di desa-desa, kampung-kampung, pinggir-pinggir Bandar dan lorong-lorong yang jauh dari kota dan Bandar. Ia terdiri daripada masyarakat keluarga. Ini adalah kerana masyarakat yang paling tidak sempurna kerana ia sebahagian dari masyarakat desa. Masyarakat desa pula adalah sebahagian dari masyarakat kota yang tinggal di pinggir kota dan Bandar. Manakala masyarakat kota pula ialah sebahagian daripada masyarakat wilayah. Masyarakat wilayah pula adalah sebahagian dari masyarakat sempurna iaitu antarabangsa.

Dari susur jalur struktur masyarakat di atas, kita dapat fahami bahawa masyarakat yang hidup secara terasing atau bersendiri adalah masyarakat yang tidak sempurna seperti masyarakat desa dan pinggir kota. Akan tetapi, jika masyarakat tersebut disatukan di antara satu sama lain seperti masyarakat desa disatukan dengan masyarakat desa yang lain, maka ia akan menjadi masyarakat yang lebih besar. Begitu juga bagi membentuk masyarakat yang lain, Al-Farabi menyatakan bahawa penyatuan ini adalah perlu dalam sesebuah Negara kerana setiap kelompok masyarakat itu memerlukan bantuan antara satu sama lain untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan.

KEBAHAGIAAN

Pencapaian kebahagian melalui kehidupan politik melalui pemahaman Plato dan hukum islam. Menurut Al-Farabi, kebahagian akan dapat dicapai dan diperolehi dalam sesebuah Negara ideal yang sempurna pemerintahannya yang dipimpin oleh pemimpin yang baik. Masyarakat perlulah berkerjasama dalam mewujudkan kebahagiaan tersebut. Kebahagian tidak dapat dicapai dengan hidup secara bersendirian. Masyarakat atau Negara yang berkerjasama demi mencapai matlamat murni, akan memberi keyakinan di dunia dan akhirat. Maksud Al-Farabi di sini ialah masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dalam sebuah Negara yang ideal. Walaubagaimanapun, menurut Al-farabi jika sesebuah masyarakat atau sebuah Negara itu hanya berkerjasama setakat untuk memenuhi keperluan asasi sahaja , maka ianya diistilahkan sebagai masyarakat atau Negara. Al-Farabi menjelaskan tentang kebahagiaan iaitu kebahagian yang dicari kerana dirinya sendiri bukan sebagai jalan untuk mencari yang lain. Tujuan tertinggi kehendak dan kebebasan manusia adalah kebahagiaan.

Untuk mencapai kebahagaiaan Al-Farabi menekankan keutamaan iaitu dalam suasana politik yang stabil. Dengan suasana demikian, kebahagiaan dapat diwujudkan kerana politik merupakan alat untuk mencapai tujuan dalam kehidupan. Politik adalah saranan untuk mencipta hubungan yang lebih komunikatif, inovatif, harmonis dan homanis sehingga tercipta suatu susunan masyarakat yang utama. Kebahagiaan masyarakat tidak akan tercapai kecuali jika pembahagiaan kerja di antara individu-individu tersebut sesuai dengan kemampuan masing-masing dengan dijiwai semangat tanggungjawab dan tolong menolong. Hidup bermasyarakat dan kerjasama adalah bertujuan untuk memperoleh kebahagiaan, maka Negara yang baik menurut Al-Farabi adalah bertujuan agar orang-orang yang berkumpul di dalam masyarakat tersebut saling bantu membantu dalam hal-hal yang dapat memperolehi kebahagiaan hakiki terutamanya Negara utama.

KE ARAH KECEMERLANGAN.

Dalam falsafah Al-Farabi mengenai aspek kecemerlangan ini, beliau telah menghujahkan terdapat empat aspek ke arah kecemerlangan yang berkaitan dengan kebahagiaan yang murni. Antaranya ialah mempunyai ciri-ciri kebaikan dalam dalam bidang spekulatif, cari-ciri kebaikan dalam bidang teori, kebaikan moral dan aspek terakhir ialah kemahiran kerjatangan. Apabila terdapat aspek-aspek kebaikan yang murni ini maka Al-Farabi telah memperincikan bahawa konsep kebahagiaan akan tercapai apabila manusia mengamalkan aspek-aspek tersebut. Aspek yang pertama dibincangkan oleh Al-Farabi ialah ciri-ciri kebaikan dalam bidang spekulatif iaitu di mana ia merupakan bidang saintifik yang bermatlamatkan bahawa kewujudan setiap benda haruslah difahami dengan baik dan keperluannya terhadap masing-masing. Bidang ini terasas kepada kekuasaan Allah SWT ke atas segala makhluk atau apa yang wujud di dunia ini. Menurut beliau, dalam konteks ini, manusia haruslah mengamalkan kemampuan akal yang ada padanya untuk mencapai peringkat ilmu yang tinggi serta memahami kekuasaaan Yang Maha Esa. Kefahaman yang diperolehi ini akan menjamin kebahagiaan yang ideal di dunia dan akhirat. Jika tidak manusia akan hanya menganggap sesuatu itu hanya untuk keseronakkan dan sesuatu yang sangat berguna secara praktik sahaja sebagai kandungan ke arah kebahagiaan.

Manakala ciri-ciri kebaikan dalam teori pula ialah merujuk kepada kemampuan manusia berfikir secara rasional dan saintifik mengenai hal-hal kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kemampuan yang tinggi di bidang ini akan menghasilkan tamadun yang tinggi yang bersesuaian dengan matlamat ideal sesebuah masyarakat atau Negara serta mengelakkannya daripada ciri-ciri kelemahan dan ketimpangan. Ia akan menghasilkan sistem sosial, ekonomi dan politik yang lebih mantap dan wajar dari segi prinsip-prinsip ideal Negara yang sempurna.

Kekuatan daya berfikir manusia (natiqah) adalah sesuatu yang dahsyat dan unik kerana dapat menembusi hal-hal yang abstrak, membentuk pengertian-pengertian, membezakan antara yang indah dan jelek, menciptakan ketrampilan dan ilmu pengetahuan. Dengan demikian lahirlah sebuah motivasi yang merupakan proses awal wujudnya kemahuan. Oleh itu, daya motivasi lebih cenderung kepada objek yang mendapat tanggapan dari pancaindera penghayatan dan pemikiran.

PENDIDIKAN

Konsep pendidikan Al-Farabi banyak terilham oleh falsafah Plato, Aristotle dan Plotinus. Menurutnya sifat rohani bukan material tetapi wujudnya setelah adanya badan dan jiwa tidak berpindah-pindah dari satu badan ke satu badan yang lain. Jiwa merupakan kesempurnaan bagi bendayang memiliki kehidupan yang potensi. Seperti juga pandangan tokoh falsafah Cina, Kunfu Tze dan tokoh falsafah Yunani: Socrates, Plato dan Aristotle, Al-Farabi mementingkan peranan pendidikan bagi membentuk warganegara yang ideal. Baginya manusia memang dijadikan bagi mencapai kebahagiaan yang tertinggi Sa’adah. Sebab itu, manusia harus tahu yang dimaksudkan dan terkandung dalam Sa’adah. Manusia juga harus tahu cara untuk mencapai sa’adah. Selain itu, manusia harus tahu mengamalkan cara tindakan yang benar bagi mencapai Sa’adah. Bagaimanapun kerana kejadian manusia tidak sempurna maka dia harus berguru dan dididik kea rah pencapaian ini. Bagi beliau, seorang pendidik haruslah memiliki kecekapan dan ketrampilan untuk mendapatkan kebahagiaan yang tinggi. Oleh itu, seseorang harus mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan itu, dan bagaimana cara untuk mencapainya sebagai tujuan hidup. Sebagai manusia, ada yang tidak begitu memerlukan bimbingan, tetapi sebahagian besar manusia lainnya sangat memerlukan petunjuk guru.

Dengan demikian ia harus mendapatkan pengajaran, dan Al-Farabi berpendapat bahawa mengajar bererti menciptakan keunggulan secara umum(spekulatif) bagi negara dan bangsa, sedangkan contoh atau penanaman budi pekerti (ta’didb) adalah cara untuk memberi moral yang baik dan pengetahuan tentang seni. Adalah tujuan dari pengajaran adalah untuk membangun bangsa dan Negara agar memiliki kecekapan dalam bidang ilmu penegtahuan. Selanjutnya Al-Farabi mengingatkan bahawa yang dimaksudkan dengan speculative science adalah pengajaran yang dilakukan oleh raja dan pemimpin. Speculative Science harus diajarkan dengan kaedah yang mneyakinkan seperti kaedah logika. Seorang guru juga harus megetahui tentang sesuatu yang diajarkan kepada penduduk yang berbeza-beza. Bagi Al-Farabi, pendidikan ini terbahagi kepada dua iaitu mengajar dan mendidik. Mengajar adalah bertujuan mneganjurkan kecemerlangan di bidang speculative excellent manakala mendidik pula adalah bertujuan membina ketinggian moral serta kemahiran pelbagai bidang saintifik dalam sesebuah masyarakat atau Negara.

KETUA NEGARA ATAU PEMIMPIN

Oleh kerana hidup bermasyarakat dan bekerjasama itu adalah bertujuan memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan, maka penubuhan sebuah Negara adalah perlu bagi mencapai tujuan tersebut. Negara yang paling baik menurut Al-Farabi di panggil Negara Utama. Konsep Negara ini adalah berasal dari Plato iaitu seorang falsafah dari Yunani yang telah menyamakan sebuah Negara adalah seperti tubuh badan manusia. Al-farabi berpendapat, Negara utama adalah sama dengan tubuh badan yang sihat. Seluruh anggotanya saling bekerjasama untuk membantu serta memelihara tubuh badan tersebut supaya sentiasa dalam keadaan yang baik. Setiap anggota tubuh badan saling mengetahui tugas masing-masing dan melaksanakan tugas itu mengikut kadar yang telah ditentukan. Maka tidaklah berlaku tangan mengambil alih tugas kaki dan begitu sebaliknya. Menurut beliau lagi, anggota yang paling penting ialah hati. Ia merupakan pengendali utama bagi anggota-anggota yang lain. Hati ini disamakan dengan pemimpin atau ketua sesebuah Negara. Hanya hati yang baik dan suci sahaja dapat menjadikan anggota tubuh badan yang lain dalam keadaan baik. Manakala masyarakat di samakan dengan anggota-anggota tubuh badan yang lain. Oleh yang demikian untuk menjadikan sebuah Negara yang baik dan sempurna, maka setiap anggota masyarakat perlu mengetahui tugas masing-masing dan mesti berkerjasama antara satu sama lain.

Bagi yang ingin menjadi ketua Negara atau pemimpin al-Farabi menetapkan 12 syarat yang harus dimiliki iaitu sihat anggota badan, baik pemahaman dan pemikiran, cerdik dan bijak, bahasa yang lembut dan baik, mencintai ilmu penegtahuan, tidak ghairah kepada makan, minum dan perkahwinan, mencintai kebenaran dan membenci penipuan, berjiwa besar dan mulia, tidak mencintai harta dan kebendaan, bercita-cita tinggi, berani dan tidak lemah mental, adil dan tidak sukar untuk memimpin dan akhir sekali ialah cintakan keadilan dan benci pada kezaliman. Jelas bagi Al-Farabi bahawa tidak setiap orang berkelayakan yang cukup untuk menjadi pemimpin. Seorang pemimpin yang ideal itu haruslah yang paling mendekati sifat-sifat keperibadian yang ada dari para nabi. Memandangkan tidak mungkinnya tercapai dua belas kelayakan-kelayakan di kalangan manusia biasa maka Al-Farabi menyatakana bahawa sesiapa yang paling banyak memenuhi sifat-sifat ini, dialah yang harus memimpin. Pimpinan seseorang begini akan membawa masyarakat atau Negara lebih hampir lagi kepada model masyarakat atau Negara sempurna. Perubahan pucuk pimpinan tidak seharusnya mengubah arah tujuan dan perkembangan masyarakat atau Negara berkenaan kerana ia diasaskan kepada prinsip bukan kepada kehendak sebarang individu.

NEGARA IDEAL

Negara yang ideal selalunya berkaitan dan dilihat melalui kedaan Negara yang mempunyai masyarakat yang sangat prihatin dan berdisiplin dalam meneruskan kehidupan. Hal ini adalah kerana Negara yang ideal adalah terbina di atas asas-asas matlamat sa’adah, prinsip-prinsip unggul yang disanjung oleh masyarakat, warganya yang telah dididik dan disosialisasikan dengan nilai-nilai murni dan dipandu oleh pemimpin-pemimpin dari kalangan yang paling berkelayakan dalam Negara tersebut. Falsafah teori politik Al-Farabi juga dapat mengawal teori dengan menentukan kriteria pemimpin yang ideal, selanjutnya bagaimana terbentuknya kota utama dengan pemimpin ideal sesuai dengan kriteria. Selain itu, apa yang lebih penting dalam kaitannya ialah penyelenggaraan pemerintahan kota utama adalah pentadbiran pemerintahan. Terdapat lima kriteria yang dianggap berhak memegang kembali administrasi pemerintahan yang bijak, penterjemah, juru nilai,pejuang dan orang kaya.

NEGARA SETENTANG DENGAN NEGARA TERBAIK

Tokoh falsafah Al-Farabi juga ada menyatakan tentang perbezaan antara Negara setentang dan Negara terbaik. Di sini terdapat perbezaan yang kita boleh lihat bersama-sama. Seperti mana juga pendekatan Plato dan Aristotle, Al-Farabi juga menghuraikan ciri-ciri Negara yang mempunyai sifatnya yang setentang atau berlawanan dengan ciri-ciri Negara ideal. Yang dikatakan dengan Negara setentang ini ialah segala perbuatan adalah amat bertentangan dengan Negara ideal. Contohnya perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat dari negara setentang adalah bersifat negatif jika ingin dibandingkan dengan Negara terbaik. Oleh hal yang demikian, apabila perbuatan sudah mempamerkan perbuatan negatif, maka secara tidak langsung kesan yang akan timbul terhadap masyarakat Negara setentang juga adalah bentuk dan berunsurkan kesan negatif kepada negaranya.

Al-Farabi juga telah mneyenaraikan empat kategori Negara-negara jenis ini iaitu Negara jahil atau bodoh, Negara fasiq, negara menyeleweng, dan Negara sesat. Kesemua ciri-ciri dalam Negara yang telah disenaraikan oleh al-Farabi ini dapat dilihat daripada rakyatnya yang jahil tentang segala ilmu pengetahuan dan kebaikan yang ada dalam kehidupan yang boleh diguna pakai oleh setiap individu mansyarakat. Selain itu ciri-cirinya juga dapat dilihat melaui keadaan sosial yang buruk, taraf hidup yang rendah, ketidak-stabilan politik, ekonomi dan sosial, akhlak yang rendah, penindasan yang berleluasa dan sebagainya. Manakala jika hendak dibandingkan dengan konsep Negara yang terbaik, rakyatnya yang sangat megamalkan sikap tolong-menolong, toleransi dan segala yang bersifat positif. Selain itu masyarakat Negara yang terbaik juga tidak jahil dalam ilmu pengetahuan. Mereka sentiasa mengambil berat tentang ilmu pengetahuan dan tidak akan merasa ketinggalan. Menurut Idris Zakaria (1986) konsep Negara-negara ideal dan Negara setentang dengannya lebih diperincikan lagi dalam karya Al-Farabi iaitu siasah al- Madaniyah.

HAK INDIVIDU

Hak individu juga telah disentuh oleh tokoh Al-Farabi. Dalam hak individu ini Al-Farabi telah menolak sifat individualistik. Hal ini adalah kerana sifat seperti itu tidak perlu ada dalam diri seseorang individu sekiranya seseorang itu ingin maju kehadapan. Sikap ini juga tidak perlu ada dalam diri seorang pemimpin atau pemerintah agar Negara yang dibina tidak menghadapi masalah. Beliau juga tidak berhajat untuk memperjuangkan kebahagiaan orang perseorangan dalam Negara tetapi kebahagiaan bersama yang dinikmati bersama hasil daripada usaha kolektif. Beliau juga tidak gemar akan sikap mementingkan sendiri, ini adalah kerana sikap mementingkan diri tidak akan mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam meneruskan kehidupan malah sikap ini akan memburukkan lagi kehidupan. Seseorang individu juga berhak menyatakan pendapat dan membuat pilihan dalam kehidupan mereka masing-masing supaya kehidupan mereka tindakan dipengarauhi oleh beberapa keadaan yang tidak diigini. Kerana itu, beliau menekankan menolak sikap pentingkan diri sendiri. Menurut Idris Zakaria lagi, dengan keupayaan berfikir yang ada pada setiap individu, dia harus dapat menggerakkan keupayaan-keupayaan yang lain pada dirinya seperti tenaga makan, perasaan, kemahuan dan ingatan misalnya ke arah mencapai sa’adah.

PERBANDINGAN FALSAFAH POLITIK AL-FARABI DAN PLATO.

LATAR BELAKANG PLATO

Nama Plato sebenar ialah Aristokles. Plato dilahirkan dan dibesarkan pada zaman perang Pelopnesos pada 404 S.M. Plato adalah warga Athens dan dilahirkan dalam keluarga bangsawan. Gelaran Plato diberikan disebabkan oleh daya fizikal beliau kerana dahinya dan bahunya yang lebar. Beliau telah diberikan gelaran tersebut dari seorang jurulatih senaman beliau. Dalam bahasa Yunani pulak nama Plato berasal dari kata benda iaitu ‘ platus’ yang memberi makna kelebaran atau dari kata asal yang lebar. Socrates telah menjadi guru dan sahabat kepada beliau. Oleh demikian falsafah Yunani banyak mempengaruhi corak pemikiran Plato antaranya ia menukar falsafah Yunani awal kepada asas falsafah Barat sebagaimana yang terdapat pada masa kini. Plato telah meninggal ketika berumur 80 tahun dan sewaktu hayat beliau dia tidak pernah mendirikan rumah tangga.

Falsafah politik Plato.

Plato mempunyai pelbagai falsafah sepanjang hayat hidupnya. Antara falsafah beliau ialah berkaitan Idealisme. Plato percaya bahawa idea merupakan realiti yang sebenarnya daripada segala perkara yang lain dan ia dapat dikenal melalui pancaindera yang berfungsi melihat, mendengar, merasa dan sebagainya. Falsafah politik Plato yang utama dan terdapat dalam terjemahannya dalam bahasa Inggeris ialah Republic and The Laws. Republic menghuraikan ciri-ciri negara idea yang diatur berlandaskan konsep keadilan (juctice) sementara The Laws menerangkan tentang beberapa negara kota yang diperintah secara berperlembagaaan. Tradisi falsafah politik telah menghasilkan aliran Platonism. Aliran ini terasas kepada kandungan-kandungan utama dalam falsafah politik Plato, konsep-konsep tertentu dalam falsafahnya dan tradisi pemikiran tokoh-tokoh yang mengaku diri mereka sebagai pengikut Plato walaupun pemikiran mereka tidak sama dengan Plato.

Dalam Republic, Plato telah menjelaskan tiga struktur politik iaitu monarki ( pemerintah oleh raja dan juga ahli falsafah), oligarki (pemerintahan oleh sekumpulan elit) dan demokrasi (pemerintahan oleh massa). Beliau juga menghujah kelemahan sistem timokrasi yang mementingkan pangkat dan pencapaian individu, oligarki yang berpunca daripada kuasa kekayaan, dan demokrasi baginya pemerintahan sesuka hati tanpa bijaksana.

Plato juga menghuraikan 3 kelompok utama di kalangan warga negara kotanya iaitu kelompok elit yang berbentuk kumpulan pemimpin serta pentadbir, kelompok pahlawan atau tentera yang bertanggungjawab mempertahankan negara kota secara fizikal, dan kelompok massa yang masing-masing mempunyai pengkhususan kerjaya sendiri. Dengan itu, semua negara kota ideal Plato ini menikmati khidmat yang terbaik dalam semua bidang kehidupan masyarakat. Bagi Plato inilah keadilan sosial. Plato tidak menolak institusi hamba abdi dan menganggapnya sebahagian daripada struktur kemasyarakat.

Keadilan menurut Plato adalah satu dari sifat kemanusiaan. Ia wujud dalam keadaan harmoni dengan jiwa manusia. Dengan itu negara kota yang ideal menyelaraskan kepentingan-kepentingan dan matlamat-matlamat manusia yang berbeza dan pelbagai. Selain itu, beliau jugak menggalakkan prinsip keadilan etika dan kecemerlangan prestasi dalam setiap bidang. Plato juga meyarankan penghapusan konsep keluarga dan penapisan karya-karya dan sastera dan seni terutamanya bagi golongan pentadbir dan tentera. Ini ialah bagi memastikan supaya mereka sentiasa berkhidmat dengan rasional tanpa pilih kasih.

Falsafah politik Plato ini membawa kepada konsep raja yang juga seorang ahli falsafah (philospher-king) ini bermaksud memastikan bahawa penggubalan undang-undang dan pembuatan dasar dipertanggungjawabkan kepada kalangan yang paling berkelayakan.

Dalam The Laws pula, Plato mencadangkan beberapa cadangan perlembagaan. Satu daripadanya ialah beliau mencadangkan satu pemerintahan model campuran, oligarki terhad seperti yang kemudiannya dicadangkan oleh Machievelli.

Perbandingan falsafah politik Al-Farabi dan Plato.

Al-Farabi dikatakan dipengaruhi oleh falsafah Greek terutama di dalam falsafah politik Plato dan Aristotle. Watt berpendapat falsafah politik Al-Farabi dari sudut umumnya disifatkan sebagai berasas atau bersumber dari Republic and The Laws oleh Plato. De Boer dalam kajiannya telah menyimpulkan bahawa Al-Farabi berteori mengenai konsep ketua negaranya adalah sama seperti yang diutarakan oleh Plato iatu ahli falsafah yang menjadi ketua atau pemimpin.

Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan di antara falsafah politik Al-Farabi dan Plato. Falsafah politik Al-Farabi lebih bertunjangkan Islam sebagai asas dalam pemikiran falsafahnya manakala Plato lebih kepada pemikiran idealisme. Seterusnya perbezaan antara teori kemasyarakatan dan kenegaraan Al-farabi dan Plato ialah Al-Farabi berpendapat bahawa masyarakat atau negeri diistilahkan sebagai kamilah sughra, kamilah Wusta’ dan kamilah ‘Uzma. Kamilah Sughra bersamaan dengan konsep city sebagai satu unit politik yang terkecil yang lebih jelas disebut a polis. Sementara itu Plato tidak memberikan satu skop kenegaraan yang luas seumpama itu. Beliau hanya sekadar memerhatikan negara atau negeri Greek atau wilayah-wilayahnya sahaja. Konsep kenegaraanya ternyata masih tertakluk pada batasan-batasan sempit geografi. Bangsa manusia atau keturunan yang lain daripada Greek dianggap sebagai kaum barbar yang lebih rendah tarafnya.

Perbezaan antara teori keadilan Al-farabi dan Plato ialah Al-farabi tentang persoalan sejagat yang lahir bersama wujudnya manusia. Pada tanggapan Al-farabi, keadilan adalah terdiri daripada dua paksi iaitu vertical dan horizontol. Beliau berpendapat bahawa paksi vertical iaitu keadilan Allah. Keadilan ini sebenarnya berkait rapat dengan sifat-sifat lain atau hakikat Allah S.W.T. dalam kitab Al-Madinah al-Fadilah telah menerangkan tentang sifat-sifat Allah S.W.T yang berlainan daripada sebarang makhluk. Allah menjadi sebab kepada kewujudan alam ini dengan perkataan lain, alam ini adalah bukti mutlak tentang kewujudan Allah S.W.T yang beliau sebut dalam istilah falsafah al-mawjud al-Awwal. Manakala paksi horizontol pula ialah keadilan sosial. Dalam perancangan dan pembinaan sebuah negara, keadilan adalah salah satu daripada idea perjuangan yang utama selain masalah persamaan, kemerdekaan, dan sebagainya. Keadilan dalam konteks masyarakat lebih tepat lagi disebut keadilan sosial. Menurut Plato plato pula konsep keadilan ialah suatu dari sifat kemanusiaan. Beliau berpendapat bahawa keadilan wujud dalam keadaan harmoni dengan jiwa manusia. Dengan itu, negara kota yang ideal menyelaraskan kepentingan dan matlamat manusia yang berbeza dan pelbagai. Bagi beliau lagi untuk mewujudkan keadilan sosial, setiap bidang haruslah mengamalkan konsep keadilan dimana setiap warga negara kota ideal ini bukan sahaja mengamalkan keadilan dalam erti kata mmeberi sumbangan terbaik kepada masyarakat dan menikmati khidmat terbaik dari semua pihak.

Sistem sosial juga mempunyai perbezaan antara tokoh falsafah politik Al-Farabi dan Plato. Menurut Plato, beliau mengemukakan sistem komunis dan yakin terhadap kemampuan sistem ini dalam mengubah dan memperbaiki institusi sosial dan struktur pemerintahan Greek iaitu di mana terhapusnya institusi keluarga iaitu satu daripada unit-unit masyarakat dan negara. Secara ringkasnya sistm ini menerangkan tentang larangan hak milik peribadi iaitu harta dan keduanya ialah penghapusan kelamin. Manakala menurut Al-farabi, di dalam teori kemasyrakatannya telah menekankan konsep keluarga(al-Manzil) sebagai satu unit masyarakat yang terkecil. Penegasan Al-Farabi ini menunjukkan bahawa beliau tidak mahu ummah dibentuk menurut ciri-ciri sosial Plato itu. Pendekatan Al-Farabi ini lebih mendekati pendekatan islam daripada Plato yang berunsur Komunisme

Dari aspek politik pula, Al-Farabi juga mempunyai idea-idea tersendiri dalam perancangan teori politiknya. Al-Farabi mengambil lunas-lunas islam dan diterapkan dalam falsafah politiknya. Al-Farabi telah bertindak memisahkan antara sebuah negara dengan negara yang lain berasaskan faktor-faktor pemikiran iaitu ideologi dan tingkahlaku atau dengan kata lain akhlak ummahnya. Hakikat ini berlainan dengan pendekatan Plato yang menjadikan perlembagaan atau political consitution itu sebagai kriteria ukuran dan penilaian. Bagi pendapat Plato, bagi mencapai masyarakat sempurna bentuk pemerintahannya ialah aristokrasi iaitu satu pemerintahan yang terbaik, para cendekiawan memerintah dengan bijaksana dan penuh keadilan. Manakala Al-farabi pula telah memilih pendekatannya sendiri dengan menetapkan faktor ideologi dan akhlak rakyat sebagai faktor penentu dalam pengelasan ini.

Perbezaan dari segi teori ketua negara menurut pendapat Al-Farabi, beliau tidak bersetuju dengan aristokrasi seperti yang disukai Plato kerana dalam sistem ini seorang pemimpin yang berkuasa. Bagi Al-farabi, jika tidak terdapat sifat-sifat yang berbilang itu, ia perlu diganti oleh orang lain. Pengganti itu jika dua orang perlu memiliki syarat-syarat tertentu jika tidak juga terdapat pada dua orang sebaliknya ada pada satu kumpulan manusia, maka kumpula tersebut adalah barisan pemimpin yang baik dari negara itu. Ertinya beliau tidak menghadkan seorang sahaja secara total untuk menjadi pemimpin.

KESIMPULAN

Kesimpulannya falsafah politik Al-Farabi dan Plato merupakan perbicaraan dunia peradaban besar dunia iaitu peradaban islam yang bertunjangkan wahyu dan peradaban Barat hasil pencarian dan jumpaaan manusia sendiri berasaskan kekuatan daya akal fikiran. Walaupun terdapat banyak persamaan pemikiran falsafah politik kedua-dua tokoh ini, tetapi kedua-duanya menggunakan mekanisme yang berbeza-beza. Jika hendak disifatkan adanya keseragaman antara pemikiran dan metod Al-Farabi dengan pemikiran dan metod Plato terutama sekali mengenai politik ini adalah agak sukar.

1 comment:

  1. Casino Games - JTHub
    Get the best gaming experience on JT's Casino and Slots! JT 상주 출장안마 Games has 포항 출장마사지 more 안성 출장마사지 than 800 slot and 제주 출장안마 video poker games, as well 태백 출장안마 as the best in-house video poker.

    ReplyDelete