Wednesday, January 20, 2010

INDIA DAN JEPUN

1.1 PENGENALAN

Dalam skop penulisan ini, kita melihat bagaimana prestasi dan cabaran oleh parti dominan di India dan Jepun. Selanjutnya, akan diberi tumpuan kepada Parti Kongres dan Liberal Demokratik Parti (LDP). Oleh hal demikian, penulisan ini berpandukan kajian lepas yang telah dijalankan oleh penulis berdasarkan tajuk yang menjelaskan sinario tersebut. Sehubungan dengan itu, tajuk ini telah dijalankan melalui penulisan tesis yang bertajuk kebangkitan semula Parti Kongres (1) Satu kajian kes parti dominan dalam perlembagaan sistem demokrasi India yang telah ditulis oleh Lim Tow Chan dalam menganalisis tajuk tersebut. Misalnya dalam kajianya, beliau melihat dan menganalisa dengan terperinci mengenai perubahan sistem satu parti dominan kepada sistem banyak parti di India. Walaubagaimanapun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1985, Parti Kongres telah muncul sebagai parti dominan yang telah menguasai politik India. Parti-parti yang lain adalah kecil serta lemah dan tidak mampu untuk memberikan cabaran kuat kepada Parti Kongres.

1.2 PRESTASI PARTI KONGRES

Sesungguhnya parti Kongres dan kerajaan India telah menjadi begitu rapat perhubunganya sehingga rakyat menerima parti itu sebagai kerajaan yang asal. Kita dapat melihat prestasi parti ini dimana telah mengalami kekalahan dalam pilihanraya pada tahun 1977. namun, ia masih dianggap sebagai parti yang dominan. Jangkaan tersebut dianggap tepat apabila parti Janata yang memenangi pilihan raya tersebut pada tahun 1977 melalui pakatan dengan parti yang lain yang telah tewas pada tahun 1980. Parti Kongres telah memenangi pilihan raya tersebut dan meneruskan dominasinya. Pakatan pembangkang tidak dapat bertahan lama kerana tidak bersefahaman dikalangan mereka.

Apabila India mencapai kemerdekaan Kongres telah berubah menjadi sebuah parti politik yang aktif. Parti tersebut memperoleh sokongan daripada rakyat kerana perjuanganya dalam menuntut kemerdekaan. Oleh hal demikian, parti tersebut telah menjadi dominan pada pilihan raya tahun 1952. Parti tersebut telah memenangi 346 daripada 439 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan. Parti tersebut juga memenangi 2246 daripada 3283 kerusi di perhimpunan negeri atau 68.8.4% daripada keseluruhan kerusi . Hanya terdapat perubahan sedikit pada peratusan tersebut dalam pilihan raya seterusnya, kecuali 1967 dan 1977. Malahan Kongres tidak pernah mempunyai monopoli kuasa dalam kerajaan tetapi Kongres sentiasa memerintah di pusat dan semua negeri kecuali di Kerala sehingga 1967. (Kothari: 1970: 171).

Namun begitu, kita juga dapat melihat prestasi politik di India melalui politik permuafakatan walaubagaimanapun ia hanyalah bersifat sementara. Parti-parti politik bergabung hanya untuk matlamat jangka masa pendek semata-mata untuk menjatuhkan parti Kongres (1). Selepas kemerdekaan Kongres (1) dapat ditewaskan dalam tahun 1977, perpaduan dan kerjasama antara mereka mulai pudar dan pakatan itu pun berpecah menyebabkan Kongres (1) kembali berkuasa pada tahun 1980. Walaubagaimanapun, kerajaan campuran hasil gabungan parti-parti pembangkang telah mengalami krisis dalaman yang teruk sehingga membawa kekalahanya didalam pilihan raya tahun 1991.

1.3 CABARAN PARTI KONGRES

Berdasarkan dalam penulisan yang dikemukakan oleh Lim Tow Chan (1983) Parti Kongres sememangnya mempuyai cabaran dalam menempuhi arena politik di India. Cabaran yang dihadapinya bukan sahaja di peringkat dalaman malah luaran juga turut berlaku. Oleh hal demikian, Parti Kongres memang tidak terlepas dengan masalah yang berlaku dalam parti mereka termasuklah perpecahan dalam parti kerana perbezaan pendapat, ideologi, agama, mahupun budaya masyarakat yang berbeza memudahkan perpecahan berlaku. Ditambah pula dengan jumlah penduduk yang ramai yang selalu menuntut hak mereka misalnya dalam ekonomi, pendidikan, prasarana, agama dan sebagainya. Disebabkan oleh faktor ekonomi yang tidak menentu maka, krisis antara parti dengan masyarakat juga kerap berlaku. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika kita mendengar ada dikalangan pemimpin parti terpaksa meletak jawatan atau membatalkan niat untuk bertanding.

Kita juga boleh melihat melalui penulisan ini, parti Kongres merupakan parti yang dominan di India, sudah tentunya mempunyai persaingan dalam parti itu sendiri dan bagaimana parti tersebut berkeupayaan untuk menyerap pelbagai golongan atau gerakan ke dalam badannya. Selain itu juga, cabaran yang dihadapinya melalui perbezaan budaya yang telah menyebabkan masyarakat India tidak bersatu-padu. Beliau juga menjelaskan bahawa masyarakat yang mempunyai ideologi yang berbeza akan menyukarkan sesebuah parti untuk bergerak. (Jones: Ogos 1968: 460).

Cabaran yang dapat dijelaskan dalam politik parti Kongres ialah berkenaan dengan golongan elit politik yang tidak mampu untuk memenuhi segala permintaan dan kepentingan pelbagai kumpulan etnik. Sehubungan dengan itu, bagi menjelaskan cabaran ini, maka setiap pemimpin haruslah berupaya mengelakan keadaan berpecah-belah dan huru-hara serta mampu menyatupadukan rakyat. Usaha ini, mestilah memerlukan perundingan diantara pemimpin kumpulan etnik.

Selain itu, sejauhmana komitmen para pemimpin untuk mengekalkan sistem politik yang telah sedia wujud dan memelihara kestabilan. Seterusnya para pemimpin harus menyedari natijah pembahagian kuasa politik dan ekonomi sesama mereka. (Lijphart 1969: 216)

Sesungguhnya, para pemimpin perlu memainkan peranan penting untuk mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam negara. Sekiranya setiap pemimpin sentiasa membangkitkan isu-isu yang berbau perkauman. Semestinya ia akan mewujudka suasana yang tidak selesa antara hubungan etnik dalam masyarakat.

1.4 PARTI LIBERAL DEMOKRATIK (LDP)

1.4.1 PENGENALAN

Beralih kepada Parti Liberal Demokratik atau (LDP). Merupakan satu kajian yang telah banyak penulis lakukan misalnya, pengkaji-pengkaji seperti Robert A Scalapino dan Junnosuke Masumi (1964), Warren M Tsuneishi (1966), Thedore Mc Nelly (1972) dan Gerald L Curtis (1988). Sememangnya, banyak pengkajian yang telah dibuat oleh penulis tersebut dapat menjelaskan kepada kita bahawa parti politik di Jepun mempunyai sejarah tersendiri yang situasinya agak berbeza dengan negara-negara yang lain. Sesungguhnya, kajian yang berbentuk akademik mengenai perkembangan politik Jepun, tetapi setiap kajian yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dari segi analisis, kerangka, teori, dan melihat politik negara Jepun dari sudut yang berbeza.

1.4.2 PRESTASI (LDP)

Dengan melihat kepada kajian Robert E. Ward (1978) dalam kajianya memfokuskan bagaimana berlakunya perkembangan dalam pemilihan Perdana Menteri. Sifat-sifat dan kualiti seseorang pemimpin politik Jepun selepas perang dunia kedua sukar dinilaikan kerana pemimpin politik Jepun berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan seperti kesan peperangan dunia, kekalahan yang dialami dalam peperangan dan pendudukan pihak tentera Bersekutu. Jawatan seseorang pemimpin politik merupakan satu jawatan yang mencabar dan memerlukan berbagai kemahiran yang tinggi. Kepopularitian seseorang pemimpin bukan diukur sebanyak mana dia telah bersemuka dengan rakyat, tetapi apakah yang telah dia sumbangkan untuk rakyat sebagai pemimpin yang berkebajikan.

Kita sedar bahawa, parti LDP merupakan sebuah parti yang cukup kuat pada tahun 1955. Ia merupakan sebuah parti bukan sahaja utuh tetapi kedominanya dalam arena politik tidak dapat dipertikaikan. Kedominanya sehingga tidak dapat dikalahkan oleh pihak pembangkang. Para pemimpin LDP telah menyedari bahawa untuk menjadi sebuah negara yang berkuasa di rantau Asia. Mereka haruslah memperkukuhkan dengan kekuatan sebuah negara dari segi ekonomi dan sosial. Dengan pelaksanaan sedemikian, maka kemajuan dalam pelbagai bidang dapat dicapai termasuklah dalam pendidikan, prasarana, budaya, politik dan sebagainya. Hal ini akan melahirkan sebuah negara yang disanjungi samaada di Asia sendiri mahupun diseluruh dunia kerana kemampuanya mencapai kemajuan dengan hanya mengambil masa yang singkat.

Kalau kita melihat parti LDP telah memperolehi kejayaan besar dalam dewan perwakilan dan dewan penasihat. selain mendapat kepercayaan rakyat melalui pilihan raya. LDP juga telah mencapai satu keajaiban dalam ekonomi dan keajaiban ini telah berlaku pada tahun 1950-1060- an. LDP telah disifatkan oleh rakyat jepun sebagai payung keselamatan kerana dapat melindungi rakyat daripada kemiskinan, kemunduran, dan berjaya menstabilkan keadaan ekonomi Jepun pada waktu tersebut. Selain itu pada tahun 1973 negara menghadapi masalah kegawatan ekonomi, sehingga tahun 1991 LDP masih dapat mempertahankan kekuasaan mereka dan menyelesaikan masalah tersebut dengan berkesan.(Geland 1988:5-6)

Walaubagaimanapun, berdasarkan penulisan yang dibuat oleh pengkaji, ada menerangkan bagaimana hegemoni LDP telah berakhir dengan kejatuhanya pada tahun 1993. Ketika itu Perdana Menteri bernama Kichi Miyazawa, yang merupakan presiden LDP ke-15 telah gagal menyelesaikan masalah skandal wang yang telah sampai ke tahap kritikal yang telah melanda ahli-ahli kabinetnya. Walaubagaimanapun, kajian ini memperlihatkan kepimpinan parti LDP telah mengalami kejatuhan yang disebabkan oleh kelalaian ahli-ahli politiknya sendiri.

1.4.3 CABARAN (LDP)

Selanjutnya akan melihat berdasarkan penulisan yang telah dijalankan berkenaan skop ini dengan melihat bagaimana (LDP) Sememangnya mempuyai cabaran yang tersendiri yang telah berlaku dalam politik mereka sama ada kita sedar atau tidak ia telah merubah sinario parti tersebut apabila berlaku krisis dalaman dan luaran parti. Kita juga dapat melihat bagaimana berlakunya kejatuhan parti (LDP) Gagal mengekalkan kuasanya sebagai parti dominan di Jepun setelah berjaya memerintah Jepun selama 38 tahun. Adakah disebalik kejatuhan tersebut telah dipengaruhi oleh faktor ekonomi atau wujud masalah dalaman yang mempengaruhi berlakunya perpecahan parti.

Antara cabaran dihadapinya semasa keimpinan Koizumi LDP yang terpaksa berdepan dengan ahli yang pro kepada perubahan dan satu lagi puak yang anti kepada perubahan. Perkara inilah yang menjadi cabaran utama kepada parti LDP kerana ada dikalanganya yang berbeza pendapat dalam parti tersebut. Oleh hal demikian, apabila perkara ini berlaku ia boleh menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat Jepun kerana parti telah tidak sehaluan denganya. Seterusnya membawa kepada kemerosotan sokongan daripada rakyat. Ada juga pendapat yang mengatakan Koizumi gagal membawa perubahan dari segi ekonomi terhadap negara Jepun.

Selain itu, Ryosuke Ishii (1980) dalam kajianya memfokuskan bagaimana cabaran jawatan Perdana Menteri itu terjadi terutamanya sebelum perang dunia kedua. Pada tahun 1918 apabila kabinet Terauchi digulingkan, Hara Satoshi, Presidentnya Seiyukai telah mengambil kesempatan dan mementuk kerajaan. Selepas Hara dibunuh pada tahun 1921, satu kabinet baru telah disusun oleh Dewan Golongan Bangsawan dengan Kiyoura Kiego sebagai Perdana Menteri. Selepas kabinet Kiyoura meletakkan jawatan, Presiden Kanseikai, Kato Takaai telah menjadi Perdana Menteri dan ahli-ahlinya telah mendapat jawatan dalam politik Jepun pada ketika itu.

Selain itu, apabila pembangkang telah mengambil alih arena politik Jepun kerana terdapatnya banyak kelemahan dalam kalangan parti (LDP) Misalnya, gagal menyelamatkan ekonomi, krisis skandal wang dan sebagainya telah menyebabkan pembangkang bertambah kuat disamping telah mendapat sokongan dari rakyat yang telah mula membenci LDP kerana gagal mengutamakan kebajikan kepada rakyat Jepun. Tambahan pula skandal ini telah menjadi isu utama daripada pembangkang untuk menyebarkan dakyah kepada masyarakat supaya memberontak membenci pemimpin LDP ketika itu. Selain itu dasar yang telah dibuat daripada pemimpin yang telah membuka pintu kepada Amarika Syarikat telah membuatkan rakyat tidak berpuas hati kerana memaksa ekonomi Jepun membuka pintu dengan lebih luas terhadap ekonominya.

Sesungguhnya, parti LDP sememangnya telah mencapai kejayaan dan juga kejatuhan dalam politiknya. Ini menunjukan bahawa dalam politik mengambarkan kepada kita bahawa jatuh dan bangun pemimpin itu adalah perkara biasa dalam sinario politik Jepun atau di mana sahaja. Ditambah lagi dengan situsi yang berlaku di negara jepun apabila kegagalan USA melancarkan satelit pengintip, pada 1 mei 1960, kapal terbang U-2 yang telah digunakan untuk mengawal keselamatan negara Jepun telah jatuh terhempas berdekatan dengan bangunan DIET. Kejadian ini telah menguatkan lagi hujah parti pembangkang untuk menolak rancangn Jepun untuk menandatangani perjanjian dengan USA. Hal ini ternyata gagal sama sekali kerana tidak dapat mengawal keselamatan di Rantau Asia. (Schaller 1997: 149-150)

1.5 KESIMPULAN

Konklusinya, jelaslah kepada kita bahawa selain banyaknya kajian yang telah dibuat oleh pelbagai penulis mahupun tokoh akademik dalam negara mahupun luar negara berkenaan yang telah menjelaskan bagaimana sinario politik negara India dan Jepun dapat dijadikan sebagai rujukan disamping panduan kepada penulis yang lain untuk membuat rujukan penulisan ilmiah. Jelaslah, bahawa kedua-dua pergerakan politik kedua-dua negara tersebut mempunyai sejarah tersendiri yang mana telah merubah cara pemikiran, ideologi mereka untuk menjadikan sebuah negara yang maju dan berwawasan. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku dalam situasi politik tersebut sememangnya dipengaruhi oleh kuasa di tangan rakyat apabila rakyat membenci mana-mana peminpin maka pilihan raya akan dijadikan sebagai kayu ukur terhadap pemimpin. Oleh hal demikian, untuk menjaga hati rakyat, maka pemimpin haruslah mengutamakan kebajikan rakyat bagi memgekalkan kuasa dalam sesebuah pemerintahan.

1.6 RUJUKAN

Amar Singh . S. Charan Singh. 1993. Perubahan dari sistem satu parti dominan kepada sistem banyak parti di India; kajian khusus ke atas pilihanraya tahun 1977 dan1989. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim Tow Chan. 1983. Kebangkitan parti Kongres (1); Satu kajian kes parti dominan dalam perkembangan sistem demokrasi di India. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Scalapino, R.A. dan Junnosuke Masumi. 1971. Parties and politics in contemporary Japan. London. University of Califonia Press.

Ryosuke Ishii. 1989. Sejarah institusi politik Jepang. Penerbit PT Gramedia Jakarta.

No comments:

Post a Comment