Wednesday, January 20, 2010

BENTUK-BENTUK KESALAHAN (FALLACY)

Pengenalan

Hujahan sebenarnya merujuk kepada satu pendapat yang dikemukakan oleh seseorang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain agar menerima setiap perkara yang diperkatakan olehnya.Setiap hujahan perlulah terbentuk daripada premis dan kesimpulan.

Premis boleh diertikan sebagai satu pernyataan atau dakwaan yang digunakan dalam sesuatu hujahan.Ia bertujuan memberi sokongan dan mengukuhkan lagi kenyataan-kenyataan yang telah diungkapkan serta bertindak sebagai bukti kepada kesimpulan yang memberikan idea-idea asas untuk membuat takulan.Sekiranya di dalam sesuatu pernyataan atau dakwaan itu mempunyai lebih daripada satu premis,ianya disebut sebagai ‘SILOGISME’.Ia merupakan penuturan tidak langsung (deduktif) yang mengambil kesimpulan khusus dari premis-premis yang sedia ada.

Misalnya:

Ali ialah manusia

Manusia berakal

Ali berakal

Silogisme ini boleh didefinasikan sebagai kesimpulan yang dibuat berdasarkan dua premis yang sama(salah satu daripadanya bersifat umun)dan biasanya premis ketiga akan menyimpulakan kebenaran pernyataan tersebut berdasarkan kepada premis satu dan premis dua.(Sistematika Filsafat,Drs.Sidi Gazalba)

Manakala kesimpulan pula merujuk kepada pengolongan ataupun cantuman idea-idea yang keseluruhannya merujuk kepada setiap pernyataan yang dikemukkan.

Misalnya:

Manusia akan mati ( premis satu)

Manusia adalah manusia (premis kedua)

Kita akan mati (kesimpulan)

Pernyataan-pernyataan tersebut saling berhubungkait antara satu sama lain dan dari segi penggunaanya juga menunjukkan kesahihan hujahan yang digunakan kerana pernyataan yang dikeluarkan tidak boleh disangkal akan kebenarannya.

Hujahan Yang Baik(Sah)

Sesuatu hujahan yang diklasifikasikan sebagai hujahan sah perlulah mempunyai perkaitan di antara premis dan kesimpulan yang dkemukakan di dalam sesuatu pernyataan(Sistematika Filsafat,Dr. Sidi Gazalba).Menurutnya di dalam buku tersebut, “benar adalah tepat,tetapi yang tepat belum tentu benar”.

Misalnya:

Seorang pekerja terpaksa berulang-alik ke pejabatnya setiap hari dengan membuat

beberapa penukaran komuter yang memerlukan perbelanjaan yang besar setiap bulan.

Keadaan tersebut telah mengakibatkan kos yang tinggi, melebihi pendapatan bulananya dan hal ini secara tidak langsung telah memberikan implikasi buruk terhadap prestasi kerjanya kerana beliau seringkali tidak ke pejabat di akhir setiap bulan.Oleh sebab itu,majikanya telah mengambil keputusan untuk memotong gaji bulanan yang diperolehinya bagi mengelakkan perkara tersebut berulang kembali.Tindakan tersebut tepat tetapi tidak benar.Jika diteliti dari satu sudut,pekerja tersebut bukan sengaja berbuat begitu tetapi beliau terpaksa kerana gaji bulananya tidak mampu untuk menampung kos sara hidupnya(Sistematika Filsafat,Dr. Sidi Gazalba).

Huajahan yang sah juga boleh dilihat dari segi pertautanya dengan kesimpulan.

Misalnya:

Ali akan mati

Ali adalah manusia

Semua manusia akan mati

Ketiga-tiga pernyataan di atas menunjukkan pertautan di antara satu sama lain dain pernyataan itu dianggap sah kerana kebenarannya tidak boleh disangkal.

Hujahan Buruk(Tidak Sah)

Kebiasaanya hujahan ini dianggap buruk kerana berlaku ketidaksejajaran di antara premis dan kesimpulan.

Misalnya:

Kucing akan mati

Kucing adalah haiwan

Semua manusia akan mati

Pernyataan diatas menujukkan berlakunya ketidaksejajaran di antara premis satu dan kesimpulan kerana manusia bukanya haiwan.Pernyataan tersebut sepatutnya digantikan dengan premis seperti “Semua haiwan akan mati”.

FALLACY

Fallacy ialah kesalahan yang sering berlaku dalam hujahan. Fallacy ini mula diteliti oleh Aristotles. Fallacy boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu:

i) Fallacy Formal

ii) Fallacy Informal

Fallcy Formal

Fallacy formal biasanya diperolehi daripada hujah-hujah deduktif dengan melihat kepada struktur atau susulan hujahan tersebut. Dalam struktur hujahan deduktif, premisnya betul tetapi kesimpulannya salah.

Contohnya: Premis betul, kesimpulan salah.

Premis (1) - Manusia adalah mamalia.

Premis (2) - Kucing adalah mamalia.

Kesimpulannya - Manusia adalah kucing, jadi kesimpulan yang salah

(fallacy).

Fallacy Informal

Fallacy informal biasanya dikesan dalam hujah-hujah berbentuk induktif. Fallacy ini dapat dikesan dalam kandungan hujahan tersebut. Berlaku apabila premis yang digunakan adalah betul tetapi kesimpulannya salah.

Contohnya: Premis (1) - Fenomena geologikal yang menghasilkan batu

Premis (2) - Batu adalah sejenis muzik

Kesimpulannya - Geologikal events menghasilkan muzik (Geological

events produce music)

Oleh itu, berlaku Fallcy dalam kesimpulan.

Penghujahan Deduktif

Deduktif berasal dari bahasa Latin de-ducare yang bermaksud lead from. Hujahan deduktif tertakluk kepada penghujahan bukti. Hujahan deduktif memerlukan penghujah memulakan pernyataan am kemudian barulah menyentuh seuatu yang khusus dan diakhiri dengan kesimpulan. Bentuk klasik penghujahan deduktif adalah silogisme, yang diasaskan oleh Aristotle pada abad ke-4 masihi. Silogisme terdiri daripada tiga bahagian, iaitu

  1. Premis utama = Orang Islam akan berpuasa pada / bulan Ramadhan.

A B

  1. Premis kecil = Azam seorang yang / beragama Islam.

C B

  1. Kesimpulan = Jadi, Azam akan / berpuasa.

C A

Setiap bahagian proposisi mengandungi subjek dan predikat, didisi mengikut bahagian iaitu Bahagian Utama ( A = berpuasa), Bahagian Tengah ( B = beragama Islam) dan Bahagian Kecil ( C = Azam ). Silogisme dibahagikan kepada beberapa jenis asa mengikut bagaimana Bahagian tengah berfungsi. Peraturan khusus menentukan cara bagaiman menyimpulkan sesuatu yang sah. Jika dilanggar peraturan-peraturan ini, mama akan wujud falasi.

Antara Falasi-falasi dalam Penghujahan Deduktif.

  1. Percanggahan atau Kontradiksi

Kontradiksi merujuk kepada sesuatu yang bertentangan , seperti A adalah B, namun pada masa yang sama kita mendakwa A bukan B. Kita semestinya tidak akan menyangkal pernyataan itu, namun jika simbaol A dan B ditukar kepada istilah-istilah yang abstrak seperti nilai-nilai budaya, maka akan timbul masalah untuk menentukan percanggahannya.

  1. Menuntut Persoalan atau Petito principii

Ia berlaku dengan cara membuat dakwaan tentang kebenaran kesimlpulan yang tidak dapat dibuktikan kecuali sekadar mengjangkakan kebenaran itu dibahagian-bahagiab tertentu dalam penghujahan. Huajahan berlingkar merupakan suatu bentuk hujahan ini. Dalam penghujahan berlingkar, premis dan kesimpulan berlingkar diantara satu sama lain.

3. Ungkapan samar atau Ekuivokasi

Merupakan satu bentuk kesalahan falasi dalam bentuk kesalahan kesamaran, iaitu satu istilah digunakan untuk mendukung dua maksud berbeza.

Contoh:

Diskriminasi terhadap orang cacat penglihatan dalam bidang pekerjaan merupakan sesuatu yang tidak patut dilakukan. Menolak menolak permohonan orang cacat penglihatan menjadi pegawal keselamatanoleh mwjikan merupakan tindakan yang kejam.

Ekuivokasi wujud dalam istilah diskriminasi. Pengertian diskriminasi dalam premis utama berbeza pengertian dengan premis kecil.

4. Dikotomi salah

Falasi ini berlaku pabila terdapat jangkaan tidak wajar bahawa hanya terdapat dua kemungkinan atau dua pilihan sahaja. Dalam penghujahan jenis ini, jika satu pilihan salah,maka satu lagi adalah benar .

Contoh:

Jika bukan Azam, tentulah Alif pilihan hati Aminah.

Masalah kompleks tentang moral, sosial, atau politik jika direndahkan tarafnya kepada dikotomi seperti ini tentulah tidak wajar.

5. Non sequitur

Non sequirtur bermaksud “ ia tidak mengikut begitu”. Penggunaannya biasanya bagi hujah yang kesimpulannya tidak menunjukkan suatu perkembangan atau aliran fikiran yang logikal.

Contoh

Atlet Malaysia gagal bersaing di peringkat antarabangsa ; kerana mereka tidak pernah belajar tentang sukan di sekolah.

Walaupun kita mungkin bersetuju dengan kebenaran pernyataan yang dikemukakan , namun tiada apa-apa yang berkait dengan kesimpulannya.

Penghujahan Induktif

Induktif merujuk kepada [erkataan Latin in- ducare yang membawa maksud to lead into. Gagasan hujahan induktif memerlukan penghujah bermula dengan kenyataan- kenyataan khusus dan diakhiri dengan kesimpulan am. Hujahan induktif memerlukan kita untuk mengemukakan kenyataan yang cukup dan mantap agar dapat membuat kesimpulan yang logic dan baik. Hujahan induktif bermula dengan kesimpulan yang disokong atau dibantah kemudian dinyatakan alas an mengapa ia begitu. Terdapat tiga jenis hujahan induktif:

1. Hujahan asertif

Hujahan asertif merujuk kepada hujahan induktif, di mana penghujah mengemukakan alasan umum untuk menyokong kedudukan mereka. Terpulang kepada pembaca untuk menolak atau menerima hujahan itu.

2. Hujahan berilustrasi

Hujahan berilustrasi disokong oleh percontohan. Contoh- contoh yang tepat boleh menjadi bukti kebenaran.

3. Hujahan faktual

Hujahan factual merujuk kepada penggunaan fakta-fakta kukuh dalam penghujahan. Fakta yang tidak dapat ditolak merupakan bukti yang baik.

Antara Falasi-falasi dalam Penghujahan Induktif

  1. Rayuan terhadap kejahilan atau Argumentum Ad Ignorantium.

Merupakan suatu kesalahan bertalian. Satu falasi berlaku apabila kekurangan pengetahuan dijadikan bukti terhadap sesuatu penegasan positif.

Contoh:

Alif memberi bunga kepad Aminah. Oleh itu Alif mencintai Aminah.

  1. Persoalan kompleks

Merujuk kepada kesalahan perkiraan. Keadaan ini berlaku apabila jawapan “ya” atau “tidak” tidak diperlukan terhadap persoalaan yang mengandungi dua atau lebih bahagian yang perlu dijawab berasingan.

Contoh:

Alif mengapa tidak makan nasi? Kenapa nyamuk menhosap darah?

Soalan pertama dan kedua berbeza dan mesti dijawab secara berasingan.

  1. Isu salah atau Red Hering

Manakala golongan ini pula seringkali mengemukakan pandangan yang tidak releven dengan isu yang diperkatakan.Bentuk kesalahan penghujahan ini boleh berlaku samada dalam bentuk penulisan mahupun perbualan.Bentuk hujahan ini sebenarnya bertujuan untuk memesongkan pernyataan asal hujahan yang secara langsung memeberikan implikasi terhadap isu yang diperkatakan.Ia juga turut mengakibatkan pernyataan-pernyataan di dalam sesuatu isu itu terkeluar daripada apa yang cuba diketengahkan di awal hujahan.

Contoh:

Merokok boleh membawa maut(pernyataan asal)

“Alah,tak merokok pun mati juga”(pernyataan yang dipesongkan)

Perkara-perkara sebeginilah yang cuba dilakukan oleh golongan-golongan Red Herring.

  1. Kesalahan punca atau Non causa pro causa

Falasi jenis ini menggunakan keasalahan alasan, sebab, atau punca bagi menjangkakan sesuatu peristiwa akan menyebabkan sesuatu peristiwa.

Contoh:

Jika seseorang duduk di atas bantal, dia akan mendapat bisul.

  1. Post hoc ergo propter hoc

Falasi jenis ini mengelirukan perhubungan temporal dan kasual. Hujahanya ialah peristiwa B mengikuti peristiwa A. Maka, dapat dikatakan bahawa A menyebabkan berlakunya B.

Contoh:

Jika sperma bercantum dengan ovum, maka zigot akan terbentuk.

Falasi jenis ini sama seperti non causa kecuali perhubungan kausal agak dapat dipercayai berbanding non causa yang lebih bersifat karut-marut.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan adalah hujahan yang baik mampu mempengaruhi khalayak. Penghujah harus memastikan hujahannya dapat disampaikan dengan baik kepada khaalayak, bagi memastikan matlamat hujahan yang disampaikan tercapai dengan jayanya. Kesahihan hujahan haruslah dipastikan tepat agar maklumat yang ingin disampaikan tidak terpesong. Seboleh-bolehnya, cuba elekkan falasi dalam sesuatu penghujahan agar tidak menelirukan khalayak.

Rujukan

Borchers, Timothy A ( 2002 ).Persuasion In The Media Age, McGraw Hill.

Drs. Sidi Gazalba (1974) Sistematika Filsafat, Penerbitan Utusan Melayu.

Mohd Michael Abdullah. (1995). Pemikiran Kritis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kahane, Howard. (1988). Logic and Contemporary Rhetoric : The use of reason in everyday life. Ed. Belmont: Wadworth.

No comments:

Post a Comment